Bila syarikat berkaitan kerajaan GLC seperti Petronas Dagangan yang ditubuhkan untuk memastikan 30 peratus ekuti ekonomi dipegang oleh Melayu Bumiputera makin tersasar dari landasan. Tindakan drastik perlu diambil bagi memastikan ia kembali kepada landasan dan matlamat penubuhan.

Dakwaan bahawa Petronas meminggirkan Melayu Bumiputera telah lama diperkatakan, namun sehinga kini segala teguran ke atas syarikat tersebut seperti menuang air ke atas daun keladi.


Semalam dimaklumkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malek campur tangan bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam Petronas Dagangan.




Produk yang dipasarkan di Kedai Mesra milik Petronas telah dimonopoli oleh syarikat tertentu di mana secara tidak langsung telah melanggar Akta Persaingan.

Antara produk yang dikenal pasti adalah air mineral di mana terdapat lebih lima syarikat yang mengeluarkan jenama air mineral di Malaysia tetapi terpinggir serta tidak mendapat laluan untuk dipasarkan dalam kedai tersebut.

Kami juga tertanya-tanya kenapa Petronas Dagangan lebih mengutamakan produk keluaran bukan bumiputera sedangkan kaum itu pernah menjalankan kempen agar rakyat Malaysia boikot Petronas sebelum ini (rujuk gambar).


Diharap Presiden baru Petronas mampu menyuntik semula semangat Melayu bumiputera ke dalam Petronas, Jangan disusukan kera di hutan sedangkan anak sendiri mati kelaparan. - BUM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top