![]() |
Salinan surat dari TERAJU kepada usahawan |
Malah pihak kami juga dimaklumkan bahawa 'Dana Mudah Cara' usahawan tersebut akan diproses dalam masa seminggu.
Malangnya, sehingga ke hari dana berkenaan masih belum diserahkan sebaliknya pegawai TERAJU seperti bermain tarik tali di mana pegawai TERAJU memberikan alasan terbaru iaitu dokumen masih tidak lengkap.
Sebelum ini tidak cukup kakitangan, sekarang masalah dokumen pula yang timbul.
Pihak kami memang jaki jika terdapat pegawai yang diamanahkan untuk membantu usahawan Melayu menggunakan alasan masalah dokumen punca kelewatan dana diserahkan kepada usahawan.
Jika benar masalah dokumen tidak lengkap menjadi punca kelewatan dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak.
Pihak kami ingin mempersoalkan pegawai TERAJU terutama pegawai bernama Encik Badrun yang bersikap besar kepala mengalahkan CEO TERAJU.
![]() |
CEO TERAJU menghubungi pegawai bernama Haji Shariman. |
1. Kalau dokumen tidak lengkap, kenapa pada 27 Ogos 2014, pihak TERAJU menghantar surat menyatakan DANA MUDAH CARA yang dipohon telah diluluskan?
2. Bukankah BODOH memberikan alasan dokumen tidak lengkap sedangkan permohonan tersebut telah pun diluluskan?
3. Jadi nasihat penulis kepada pegawai TERAJU yang bersikap culas dalam menjalankan amanah - jangan beri alasan BODOH kalau kamu malas buat kerja.
p/s : Artikel susulan ini diterbitkan tanpa pengetahuan usahawan terbabit - HARAP MAKLUM!
Tak hulur kot... Kedekut sangat.... Mana ada org rajin dah skrg nie nak beriya iya buat kerja... Kalau ada pelincir dlm tempoh 3 bulan dah selesai kes....
BalasPadam