KELMARIN pihak Buletin Usahawan Melayu (BUM) dihubungi seorang usahawan yang merasakan seperti dipermainkan pegawai serta kakitangan dalam Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Menurut usahawan terbabit, pada 27 Ogos 2014, pihak TERAJU telah menghantar surat menyatakan persetujuan untuk meluluskan permohonan dana bagi membiayai satu projek melibatkan syarikat miliknya.


Sebaik sahaja menerima surat kelulusan tersebut, pihak syarikat terbabit terus melampirkan Facilitation Grant Agreement (Perjanjian) sebagaimana dinyatakan oleh pihak TERAJU dalam surat yang dihantar kepadanya.



Selepas segala dokumen dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak TERAJU bagi proses selanjutnya. Menurut usahawan tersebut, setelah tiga bulan menyerahkan dokumen yang dikehendaki, beliau kerap berhubung dengan pihak TERAJU, tetapi tidak pernah diberikan satu jawapan solid oleh pihak TERAJU.

Malah pihak TERAJU turut memberikan alasan permohonan tersebut lambat diproses ekoran TERAJU berhadapan masalah kekurangan kakitangan.

Justeru, pihak Buletin Usahawan Melayu ingin meminta penjelasan daripada pihak TERAJU apakah yang menyebabkan dana yang ditawarkan oleh pihak TERAJU kepada usahawan terbabit tidak diterima sehingga ke hari ini?

Apakah kerana kekurangan kakitangan pihak TERAJU bersikap sambil lewa memproses sesuatu permohonan sehingga projek yang mahu diusahakan oleh syarikat milik usahawan terbabit terbantut?

Jika begini sikap kakitangan TERAJU, maka tidak hairanlah usahawan melayu yang kekurangan modal terus terus tersepit sekaligus agenda memperkasakan ekonomi bumiputera yang dilaungkan oleh kerajaan tidak tercapai. - BUM

Untuk tindakan pihak TERAJU boleh berhubung di talian : 019-2768787

3 ulasan:

  1. Baru tau ke masalah TERAJU?

    Semua agenda Ah Jib Gor ni retorik!

    Just to please the Malay..

    Usahawan Melayu mampus bila MECD dibubarkan Ah Jib Gor..

    Worst PM ever for Malay!!!

    BalasPadam
  2. Sian pm... Bersungguh nak bantu usahawan 2 melayu. Tapi bila sampai pada agensi pelaksana mereka bakul sampah kan usaha pm itu. Apa kata kalau gaji pegawai 2 teraju ni kita lewatkan seminggu aje... Jgn 6 bulan agak agaknye meka senyum suka tak.kaalu tak suka keja kat teraju, bebanan keje banyak... Elok berhenti. Bagilah peluang pada org yg bersungguh 2 nak keja. Selain bekerja org yg bekerja diteraju ini sebnrnya ada agenda lagi besar untuk bangsa nye... Org org yg mcm sampah diteraju ini lah yg akan menyebabkan kerajaan serta pemimoin 2 kita dihina mahupun dicaci seolah olah bercakap bohong pada rakyat

    BalasPadam
  3. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    BalasPadam

 
Top