Biasanya setiap kali menjelang Aidilftiri, kita dapat melihat kemeriahan promosi-promosi Jakel yang menampilkan ramai artis popular sebagai duta pakaian dan kain syarikat itu.
Promosi Jakel melalui Buletin Utama di TV3 sering menampilkan pengurusan tertinggi syarikat terdiri Datuk Hj. Mohammad Faroz dan adiknya Datuk Nizam.
Namun, kebelakangan ini Jakel tampil wajah baharu dan dilihat berjaya menarik perhatian netizen kerana promosi terbaru mereka amat berbeza daripada kebiasaan.
Dalam promosi Crazy Sales 2020 baru-baru ini, Jakel tampil dengan promosi bertemakan seorang lelaki menyelamatkan pemuda yang kurang siuman.
Video "Ini memang gila beb!" telah ditonton 183 ribu di laman Facebook Jakel setakat ini manakala video kedua mencatatkan 122 ribu jumlah tontonan.
https://www.facebook.com/jakeltextile/videos/333471814427178/
https://www.facebook.com/jakeltextile/videos/2809834362639650/
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen positif sekaligus menunjukkan strategi Jakel berjaya memikat hati netizen.
Promosi menggunakan media sosial sedikit sebanyak membantu syarikat itu membina semula kepercayaan di kalangan pelanggan setelah dikritik susulan kontroversi isu "hina melayu" sekitar bulan April lepas.
Tinjauan kebanyakan komen, netizen tertarik gaya pemasaran terbaru syarikat itu melalui platform media sosial.
"Hahaha.. terkejut saya baca caption admin mula-mula part kurang siuman. Fuhh.. Crazy Sale!" kata pemilik akaun Facebook bernama Husna Yusof.
"Gila aku dibuatnya, nak kena terjah hujung minggu ni...", kata pemilik akaun Facebook bernama Mastura Abu Kassim.
Manakala pemilik akaun Facebook Fahrolrazi Adzha meninggalkan komen, "Liverpool juga kena petik".
Sebagai reaksi kepada video Crazy Sale 2020 bahagian kedua yang memaparkan pemuda kurang siuman berbaring sambil menonton perlawanan Liverpool melalui skrin gergasi di hadapan Jakel Mall.
Selain laman Facebook, tinjauan akaun rasmi TikTok pula, @jakeltextile tampilkan promosi yang kena dengan citarasa netizen.
Video 'pickup line' yang dimuatnaik semalam bagi mempromosikan kain samping berjaya mencatatkan lebih 115 ribu tontonan dengan 292 perkongsian.
https://vt.tiktok.com/ZSxfcttX/
TikTok platform media sosial yang popular di dunia mula menjadi tumpuan syarikat seperti Mydin, Petron, Mercedes, KTMB dan Jakel.
- Admin
0 ulasan:
Catat Ulasan