1. Kajian Carnegie Institute of Technology menyebutkan 85% kejayaan kewangan (financial success) ditentukan oleh “human engineering,” iaitu personaliti dan kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, berunding dan dan memimpin.

2. Sementara 15% kejayaan itu ditentukan oleh kemahiran teknikal beliau. Beberapa kajian selepas itu menyokong dapatan kajian tersebut.

3. Katakan seseorang usahawan membuka bisnes memproses makanan dan minuman (F&B). Atau apa saja bisnes.

4. Mengikut kajian Carnegie Institute of Technology, sementara kemahiran teknikal usahawan itu penting, namun sama ada beliau akan berjaya dalam bisnes itu atau tidak dipengaruhi sebahagian besar oleh personaliti dan kemampuan beliau berkomunikasi, berunding, dan memimpin.

5. Antara tanda kegagalan seseorang usahawan di sini ialah apabila dia melakukan “white lies” (dia tidak berbohong, cuma dia tak bercakap benar). Begitu juga apabila dia tidak ada skil berunding termasuklah menyelesaikan konflik (conflict resolution).

6. Penerima Nobel Prize, Daniel Kahneman mendapati pelanggan lebih suka berurusan dengan usahawan yang mereka suka dan percaya, walaupun dia menawarkan kualiti lebih rendah atau harga lebih tinggi.

7. Forbes pula menyebut ada tiga perkara penting yang berperanan penting menentukan kejayaan sesebuah bisnes, iaitu EQ (emotional intelligence), MQ (moral intelligence) dan BQ (body intelligence).

8. EQ secara ringkas bermaksud kita sedar emosi dan mampu menguruskan emosi itu dengan baik. Orang yang gagal mengawal emosi di media sosial, sebagai contoh, mempunyai EQ yang rendah.

9. MQ pula merujuk kepada integriti dan bagaimana seseorang usahawan memikul tanggungjawab. Dia ambil tanggungjawab dan tidak salahkan orang lain. Dia sentiasa bercakap benar dan kurang melakukan “white lies.”

10. Sementara BQ pula ialah bagaimana kita menguruskan kesihatan dan mood. Usahawan berjaya sering menjaga kesihatannya, mendapat rehat yang cukup dan sentiasa ceria.

11. Satu lagi komponen yang tidak disebutkan oleh Forbes tetapi cukup penting ialah SQ (spiritual intelligence). Usahawan yang ada SQ tinggi sentiasa dekat dengan Allah swt, mempunyai hati yang bersih dan selalu mendoakan usahawan lain.

Kredit: NOBISHA

0 ulasan:

Catat Komen

 
Top