MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan
Minggu lepas pengguna media sosial dikejutkan dengan insiden seorang peniaga goreng pisang yang dibelasah hampir 30 penguatkuasa DBKL yang sebelum itu cuba menyita peralatan perniagaan miliknya di Jalan Bulan 1 berhadapan Bangunan Amoda, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Menurut laporan yang dibuat peniaga terbabit, dia telah didatangi 30 orang pegawai DBKL yang bertindak menyita barangan perniagaan dengan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi tanpa memberi sebarang penjelasan.


Mangsa yang cuba berbincang dengan penguatkuasa terbabit namun tidak diendahkan sebaliknya dua anggota DBKL bertindak mengeluarkan kata-kata kesat serta bertindak menumbuknya di bahagian muka.

Kes peniaga goreng pisang dibelasah DBKL antara berpuluh kes atau masalah yang dihadapi oleh peniaga kecil berbangsa Melayu. 

Tidak dinafikan sesetengah peniaga berniaga tanpa kebenaran tetapi apakah itu boleh dijadikan alasan untuk penguatkuasa bertindak di luar perikemanusiaan?

Mungkin pihak berkuasa tempatan harus merenung kata-kata MB Negeri Sembilan, Dato Seri Mohammad Hassan yang menggalakkan rakyat berniaga kerana melalui perniagaan kecilan ia dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

Antara petikan kata-kata yang menarik berbunyi :
"Kalau pandai buat nasi lemak, buka saja meja depan rumah, meniaga lah. Sekurangnya boleh tambah pendapatan keluarga. Saya dah bagitahu pihak majlis perbandaran tak payah kacau mereka"
Jika seorang Menteri Besar menggalakkan rakyat berniaga kecil-kecilan, kenapa penguatkuasa begitu besar kepala dan ghairah menggunakan kuasa menekan dan menindas peniaga kecil di Malaysia. 

Justeru Datuk Bandar KL dan Ketua Pengarah DBKL disarankan supaya mengikut cara yang dilakukan oleh MB Negeri Sembilan - Buletin Usahawan Melayu

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    BalasPadam

 
Top