Kajian Sikap dan Persepsi Keusahawanan di Asia Tenggara 2013 menunjukkan kesedaran tentang kepen­tingan ke­­usahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dengan hanya 41.8 peratus sahaja yang bersetuju menjadikan bidang itu sebagai pilihan kerjaya yang bagus untuk masa depan.

Angka itu jauh berbeza dengan negara serantau yang lain dengan Filipina merekodkan kadar ter­tinggi sebanyak 84.8 peratus diikuti Vietnam (81.5 peratus), Thailand (74.5 peratus) dan Indonesia (70.8 peratus).

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, ke­usahawanan sepatutnya menjadi satu cabang kerjaya yang harus diceburi memandangkan potensinya yang cukup luas bukan sahaja untuk pasaran domestik tetapi di peringkat antarabangsa.

“Menjalankan perniagaan hari ini, tidak sama seperti dahulu lagi kerana segala-galanya boleh dilakukan dengan telefon pintar. Bagaimanapun, Malaysia masih lagi berada di belakang dan kita mesti lakukan sesuatu supaya tidak terus ketinggalan,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika membuat pembentangan pada Forum Ekonomi 2015 - Analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) bersama Utusan Malaysia.

Berdasarkan kepada kajian itu yang melibatkan kumpulan sa­saran berusia 18 hingga 64 tahun dijalankan Global Entrepreneurship Monitor (GEM) menunjukkan 33.3 peratus usahawan di negara ini takut menghadapi kegagalan.

Dari segi pengenalan produk baharu juga, mengikut sumber Lederman et.al 2014, Malaysia masih ke belakang jika dibandingkan dengan negara-negara yang kurang dikenali seperti Albania dan Honduras yang jauh ke depan.

Kerajaan menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat menyumbang 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 dengan pertumbuhan eksport sebanyak 25 peratus dan membuka peluang pekerjaan sebanyak 62 peratus.

Menurut Mohd. Irwan, cadangan untuk mewujudkan Universiti Keusahawanan ASEAN sebagai satu daripada program pada sidang kemuncak keusahawanan ASEAN pada Julai depan merupakan antara usaha untuk me­ningkatkan kepentingan terhadap bidang keusahawanan di rantau ini.

“Persepsi kita terhadap bidang keusahawanan dan bagai­mana keluarga terutama ibu bapa menerima keputusan anak-anak apabila mereka mahu menjadi seorang usahawan juga perlu berubah jika mahu melihat bidang keusahawanan menjadi satu daripada penjana ekonomi negara,” katanya. - Utusan Online

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    BalasPadam

 
Top