BUM - Kami dihubungi oleh seorang peniaga, Nazilah Rahman yang mengusahakan perniagaan pasar raya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Menurut Puan Nazilah,  lima hari lalu beliau menerima notis daripada Pejabat Tanah dan Galian pada 14 Ogos 2015 yang mengarahkan agar beliau mengosongkan tapak pasar raya yang dibangunkan sejak tahun 2007.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian, bangunan pasar raya miliknya perlu dikosongkan kerana terletak di atas tanah milik kerajaan yang terlibat dalam projek pelebaran Jalan Kubur.


Bagi Puan Nazilah, beliau akur dengan arahan pengosongan namun notis yang mengatakan beliau menduduki tanah tersebut tanpa kebenaran yang sah adalah mengarut kerana beliau membuat permohonan untuk menduduki sementara tanah (TOL) berkenaan pada tahun 2004.


Lebih mendukacitakan, pegawai di Pejabat Tanah dan Galian bersikap sambil lewa dalam membantu beliau menyelesaikan permasalahan yang dialami.

Permasalahan yang dihadapi oleh Puan Nazilah telah dirujuk kepada pihak Buletin Usahawan Melayu (BUM), di mana kami cuba memahami isu sebenar di sebalik notis lima hari Pejabat Tanah dan Galian.

Setelah menemubual, isu yang dihadapi beliau adalah ;
  1. Layanan pegawai Pejabat Tanah dan Galian.
  2. Notis lima hari untuk mengosongkan premis terlalu singkat.
Mungkin otak pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sudah gagal berfikir dengan normal sehingga bertindak memberi tempoh lima hari untuk mengosongkan sebuah premis yang dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan dari makanan hinggalah pakaian dan buku-buku agama.

Cuba beritahu, adakah logik pemilik pasar raya mampu kosongkan semua barangan dalam gambar di bawah dalam tempoh lima hari?



Kelangkapan makanan yang dijual dalam pasar raya.
Kelengkapan pakaian
Kelengkapan buku-buku 

Justeru, kami ingin bertanya dengan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, jika beliau duduk di tempat pemilik pasar raya ini apakah beliau mampu mengosongkan semua barangan dalam tempoh lima hari?

Kita berbicara mengenai sebuah pasar raya yang diusahakan selama berpuluh tahun di mana anggaran keseluruhan pasar raya Metamorf sekitar RM2.5 juta.

Kita berbicara mengosongkan sebuah premis yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta barangan yang dijual dalam premis berkenaan.

Apakah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian sudah tiada otak sehingga gagal berfikir dengan menggunakan budi bicara agar pemilik premis diberi tempoh lanjutan berdasarkan kapasiti barangan yang dijual dalam pasar raya tersebut?

Kisah duka Puan Nazilah akan bersambung.

Kami akan cuba mendapatkan respon pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan berhubung kes yang dihadapi Metamorf.

- EDITOR

3 ulasan:

  1. Kenapa kena pindah ? Sebab duduk dalam tanah orang...

    Sejak 2007 duduk di situ - belum la sampai berpuluh tahun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. pindah negeri lain lah. Perak ke.. terengganu ke. buka di negeri orang

      Padam
  2. Harrah's New Orleans Casino & Hotel - JS Hub
    Harrah's New Orleans Casino 충청북도 출장마사지 & Hotel. 777 Casino Blvd, 부산광역 출장샵 New Orleans, 동두천 출장샵 LA 70130. Directions · (504) 636-7222. Phone · 안동 출장안마 (504) 539-7222. 밀양 출장안마 Website.

    BalasPadam

 
Top