SME Bank sentiasa membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera melalui beberapa program khas seperti program pembiayaan dan pembangunan usahawan. 

SME Bank dalam kenyataan berkata, untuk tahun 2014 sahaja, jumlah pembiayaan yang diluluskan kepada lebih 1,500 usahawan adalah sekitar RM3 bilion, lebih 80 peratus diluluskan kepada usahawan PKS Bumiputera. 

“Bagi program Tabung Usahawan Siswazah (TUS) pula, lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan yang bernilai RM9 juta diluluskan kepada usahawan Bumiputera,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini. 

Kenyataan itu mengulas kepada artikel ‘Ikhlas mahu peranan SME Bank dikaji’ dan ‘SME Bank sukar beri pinjaman - POKB’ dalam Utusan Malaysia bertarikh 23 dan 24 Januari lalu yang mendakwa pihaknya kurang membantu PKS Bumiputera.

Tambah kenyataan tersebut, SME Bank juga menjalankan pelbagai program latihan keusahawanan yang melatih lebih daripada 12,000 peserta dan lebih 70 peratus daripadanya adalah Bumiputera. - Utusan Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top