Pertubuhan ikatanan Usahawan Kecil dan Senderhana Malaysia (IHKLAS) mendakwa daripada 514 lot perniagaan di Nilai 3 terdiri hanya 14 dimiliki warga tempatan, manakala selebihnya dimiliki warga asing, termasuk melaui proksi.


Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, keadaan ini amat berbeza berbanding kira-kira 20 tahun lalu apabila semua premis itu dikuasai peniaga tempatan sama ada Melayu atau Cina.

Beliau menyifatkan kebanjiran warga asing di negara ini sudah mencapai tahap kritikal.

"Kebanjiran mereka boleh menjadi ancaman politik, termasuk isu pendatang asing yang mendapat identiti palsu di negara ini."

"Namun, lebih membimbangkan keupayaan mereka secara perlahan-lahan menguasai perniagaan yang dulunya dimiliki oleh warga tempatan sehingga menjadi ancaman kepada ekonomi negara.

"Kedatangan mereka menyekat periuk nasi warga tempatan. ini bukan soal "ali baba"Kerana Perniagaan kita sememangnya tidak berani langgar peraturan" katanya.

Pernah bangkitkan isu
Ridzuan berkata, isu pernguasaan ekonomi warga asing di Nilai 3 yang terkenalsebagai pusat borong perhiasaan rumah, perhiasaan lampu, aksesori kereta dan barangan tekstil, pernah dibangkitkan IHKLAS sebelum ini.

Namun, katanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan menafikan Nilai 3 dimonopoli pendatang asing sehinggalah serbuan dibuat jabatan Imigresen Putrajaya dan menahan lebih 150 pendatang tanpa izin.

Katanya, Penguasaan bisnes oleh warga asing juga berkait rapat dengan faktor perubahan generasi muda tempatan tidak minat berniaga, khususnya dalam kalangan kaum Cina, jadi kebanyakkan perniagaan diambil alih pendatang asing yang sanggup membayar sewa dengan kadar lebih tinggi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top