Pelbagai usaha dibuat tetapi hasil tetap mengecewakan!

Itulah nasib yang dialami oleh para usahawan Melayu, walaupun pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan usahawan Melayu dilihat masih gagal bersaing dengan usahawan bukan Melayu,

Persoalannya kenapa ia berlaku dalam sebuah negara yang ditadbir oleh pemimpin Melayu?


Ramai beranggapan kegagalan ini disebabkan usahawan Melayu malas, usahawan Melayu mahu bermula dengan sebuah perniagaan yang besar.


Usahawan Melayu salah guna bantuan pinjaman perniagaan untuk kegunaan lain dan pelbagai lagi tanggapan negatif yang bermain dalam minda masyarakat kita.

Penulis tidak mahu menafikan semua tanggapan berkenaan kerana memang ada kebenarannya, namun adalah tidak adil untuk kita melabel semua usahawan Melayu bersikap demikian. 

Berdasarkan pengalaman penulis ada ramai usahawan Melayu yang serius tetapi mereka berdepan pelbagai halangan birokrasi setiap kali cuba mendapatkan bantuan.


Antara halangan yang sering diperkatakan adalah sikap acuh tidak acuh pegawai dari agensi yang diamanahkan untuk membantu usahawan Melayu.

Secara ringkasnya, usahawan Melayu sukar bersaing kerana kegagalan pegawai Melayu melaksanakan tugas mereka dalam membantu usahawan Melayu.

Justeru, kami di Buletin Usahawan Melayu (BUM) menggerakkan inisiatif mewujudkan sebuah portal bagi membicarakan isu-isu berkaitan usahawan dan dilema yang dihadapi oleh usahawan Melayu.



Misi kami di BUM adalah mengetengahkan masalah, aduan, penyelewengan, serta kegagalan agensi-agensi berkaitan dalam membantu usahawan Melayu Bumiputera.

Bermula Februari 2014, tidak kira kecil atau besar perniagaan yang diusahakan, sama ada anda peniaga goreng pisang, peniaga keropok, peniaga air, peniaga pasar malam, pasar tani atau peniaga barangan online.

Jika anda berbangsa Melayu Bumiputera, anda bermasalah dengan agensi kami akan ketengahkan permasalahan yang dihadapi agar ia membuka mata masyarakat terutama pemimpin Melayu.

Kita berjihad ekonomi bagi membangunkan usahawan Melayu Bumiputera di Malaysia.

- Editor

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top