13 Mac - Majlis ilmu bersama Ustaz Kazem Elias anjuran syarikat air mineral Eden dengan kerjasama NGO-NGO Melayu Islam petang tadi berjaya menarik hampir 1000 hadirin memenuhi ruang khemah dalam perkarangan kilang Eden yang terletak di Rembau.

Selain Ustaz Kazem Elias, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Dato Paduka Nadzim Johan turut bertindak sebagai panel bagi membicarakan topik khas bertajuk, 'Peranan Ummah Memartabatkan Ekonomi Bangsa'. 

Program berkenaan diadakan bagi memberi kesedaran kepada pengguna Melayu Islam agar mengutamakan produk keluaran usahawan Melayu Islam bagi memastikan ekonomi umat Islam seiring dengan golongan bukan Islam.

Sdr Yusuf Azmi antara panel sessi pertama program.
Berdasarkan situasi ekonomi ketika ini, jelas menunjukkan orang Melayu masih jauh ketinggalan serta gagal bersaing dengan golongan bukan Melayu. 

Selain tiada kesedaran, kegagalan orang Melayu bersaing berpunca kerana kelemahan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membantu orang Melayu. 

Menurut seorang hadirin yang juga warga tempatan, mereka menyambut baik program berbentuk ilmu dianjurkan kerana ia dapat mendidik serta membangkitkan kesedaran dalam diri mereka. 

Pihak Eden bersama Buletin Usahawan Melayu merakamkan sepenuh penghargaan kepada semua hadirin serta NGO-NGO yang turut memberi sokongan sekaligus memastikan program ilmu yang diadakan petang tadi mencapai matlamatnya. - Buletin Usahawan Melayu

Antara foto yang dirakam lensa BUM

Antara para hadirin yang memenuhi khemah di perkarangan kilang EDEN
Encik Rahimuddin, pemilik Eden Mineral Water selaku penganjur
program sedang berbincang bersama urusetia
Ahli Panel bersama Moderator forum

Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah (tengah) turut hadir memberi sokongan


Encik Rahimuddin, Yuseri Yusoff, Dato Nadzim Johan dan Ustaz Kazem Elias 
bergambar sebelum forum bermula

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top